Mendaftar Akaun Gmail Untuk Portal Ekelas Maxis 2020
22 Julai 2020 | Aktiviti TerkiniPada 21 Julai 2020, pihak ekelas maxis telah memperbaharui laman sesawang ataupun portal ekelas maxis. Dengan itu, pihak ekelas maxis telah menggunakan kaedah yang lebih mudah bagi tujuan pelajar untuk mengakses ke dalam portal tersebut. Dengan itu, pihak ekelas maxis telah menetapkan panduan untuk mendaftar semula ke portal tersebut menyertai Portal baru ini, dimana ianya memerlukan pendaftaran semula menggunakan akaun Gmail / Googlemail / moe-dl, sama seperti yang pelajar2 gunakan di sekolah. Pelajar-pelajar perlu mendapatkan butiran akaun ini dari cikgu-cikgu di sekolah mereka. Hanya akaun Gmail / Googlemail sahaja yang boleh diterimapakai di dalam Portal baru Maxis eKelas ini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: